Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2019 |
Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh bersejarah di mana pada tarikh tersebut Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan. Tanpa kita sedar, pada tahun ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-62 yang bertemakan 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih'.
Sayangi Malaysiaku: Malaysian Bersih - menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Menonjolkan nilai integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.
Kali ini, sambutan hari kemerdekaan/kebangsaan akan diadakan pada 31 Ogos 2019 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia 2019 pula akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 September 2019 (Isnin).
AYUH...KITA MALAYSIA RAIKAN HARI KEBANGSAAN !
Tema dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 |
TEMA DAN LOGO SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-62
RASIONAL LOGO
Logo ini memaparkan tiga orang dengan pergerakan riang angkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan (dada) mereka.
MAKSUD LOGO
Logo ini menggambarkan warganegara Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonian rasa, seia sekata, sehati sejiwa, membara rasa sayang kepada Negara Malaysia.
Penggunaan warna-warna Jalur Gemilang menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.
Malaysia akan menjadi negara yang aman damai dan makmur sekiranya rakyat mengamalkan budaya integriti dan menolak rasuah.
RASIONAL TEMA
Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Menonjolkan nilai integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.
(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
LAGU TEMA
Lagu Malaysia Bersih akan menjadi lagu tema untuk sambutan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, lagu Kita Punya Malaysia (2018) akan turut dinyanyikan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan menyemai amalan budaya integriti dan menolak rasuah dalam kehidupan kita. Budaya berintegriti dan menolak rasuah sangat penting untuk memastikan Malaysia sentiasa dalam keadaan sejahtera, aman damai dan makmur.
Untuk lebih info mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia, sila ke entri 'Menjejaki 31 Ogos 1957'.
Untuk lebih info mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia, sila ke entri 'Menjejaki 31 Ogos 1957'.
No comments:
Post a Comment